Saturday, 13 October 2012
Ilmu asas kejayaan
Harini Dirah nak kongsi la skit pasal ilmu niy.
Daripada Abu Bakar r.a., daripada Nabi Muhammad SAW, bersabda: Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa.
(Riwayat at-Tabrani)
(Golongan yang kelima dalam hadis ; orang yang tidak berilmu, orang yang jahil, orang yang tidak suka menuntut ilmu)
Hukum menuntut ilmu adalah wajib. Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Menguasai pelbagai bidang ilmu boleh memajukan martabat sesuatu bangsa.
Ilmu ada 2 bahagian iaitu ; ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Ilmu fardu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam seperti ilmu agama, ilmu al-Quran dan sebagainya. Ilmu fardu kifayah pula ialah ilmu ynag wajib dipelajari oleh sebahagian umat islam seperti ilmu sains, matematik, perniagaan dan sebagainya.
Itu saja yang Dirah boleh kongsi. Renung2kanlah .

